Syarat Untuk Warga Asing Membuka Syarikat Di Malaysia
Setelah membantu puluhan perniagaan asing dan usahawan menubuhkan usaha niaga di seluruh Malaysia, pasukan MISHU dengan yakin boleh mengesahkan bahawa ya, warga asing boleh secara sah membuka syarikat di Malaysia.

Lagi mahal lagi kami nak!
Walau bagaimanapun, bagi melindungi perniagaan kecil tempatan, warga asing tertakluk kepada syarat tambahan yang memerlukan modal yang tinggi, lantas hanya perniagaan dengan saiz tertentu dapat beroperasi di Malaysia.
Bagi yang berminat, panduan kami menerangkan selengkapnya  syarat-syarat ini, termasuk:
- pilihan entiti perniagaan asing
- esen pernigaan
- visa kerja ekspatriat, dan
- langkah alternatif untuk mengurangkan tahap syarat pematuhan bagi perniagaan asing
Jom, mulakan.
Nota: Panduan ini hanya menyentuh syarikat persendirian kerana itulah demografi yang dilayani oleh MISHU. Untuk penubuhan syarikat awam, lihat panduan rasmi SSM di sini.
Pilihan entiti perniagaan asing
Memandangkan Malaysia secara umumnya hanya menggalakkan perniagaan luar negara yang besar, warga asing boleh mendaftar dengan SSM tetapi tidak boleh membuka Enterprise kecuali mereka pemastautin tetap dengan kad IC merah berikut:

Kebanyakan warga asing mempunyai dua pilihan utama entiti perniagaan apabila menubuhkan syarikat:
- cawangan asing, atau
- Sendirian Berhad (Sdn Bhd) milik asing
Cawangan adalah lokasi tempatan untuk syarikat induk asing yang diperbadankan di luar Malaysia, manakala Sendirian Berhad ialah syarikat yang diperbadankan di dalam Malaysia dengan saham dimiliki oleh individu atau syarikat asing (dalam kes ini ia merupakan subsidiari).
Bagi perniagaan luar negara yang berkembang ke Malaysia, pilihan bergantung kepada tahap kawalan yang diinginkan dan kami menghuraikannya secara terperinci dalam panduan cawangan vs subsidiari kami.
Jika anda menubuhkan perniagaan baharu sepenuhnya, Sdn Bhd adalah pilihan terbaik, dengan keperluan asas penubuhan seperti berikut:
- modal berbayar sekurang-kurangnya RM2,500 / USD600
- nama unik yang belum digunakan
- seorang pemegang saham
- seorang pengarah yang menetap di Malaysia (dihuraikan sebentar lagi)
- alamat berdaftar di Malaysia
Walaupun keperluan untuk diperbadankan tidak begitu tinggi, keperluan lain untuk beroperasi sebagai perniagaan asing meningkatkan jumlah pelaburan yang diperlukan.
Keperluan lesen perniagaan
Selain permit premis perniagaan dan papan tanda daripada Pihak Berkuasa Tempatan serta lesen daripada badan pengawalseliaan persekutuan yang diperlukan oleh semua perniagaan, hampir semua syarikat dengan pemilikan asing melebihi 50% (termasuk cawangan asing) juga perlu mendapatkan sama ada lesen Wholesale, Retail & Trade (WRT) atau Unregulated Services Sector (USS).

Contoh lesen WRT.
Lesen ini mengawal penglibatan asing dalam sektor perdagangan (WRT) dan perkhidmatan (USS) di Malaysia serta mengesahkan perniagaan tersebut mempunyai tidak mengancam pemain tempatan dan membawa nilai unik kepada pasaran Malaysia.
Oleh itu, kedua-dua lesen WRT dan USS memerlukan bukti sekurang-kurangnya RM1 juta atau kira-kira USD250,000 dalam modal berbayar, dan mungkin lebih bergantung kepada sektor serta bilangan cawangan.
Keperluan visa kerja ekspatriat
Ingat keperluan untuk mempunyai pengarah yang menetap di Malaysia? Individu ini tidak semestinya warganegara Malaysia, tetapi perlu tinggal di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, pemilik atau individu penting dalam syarikat akan berpindah ke Malaysia untuk bekerja dalam perniagaan sebagai pengarah asing, yang memerlukan syarikat memohon Pas Pekerjaan Kategori 1.

Juga dikenali sebagai visa DP11.
Visa ini khusus untuk syarikat menggaji ekspatriat dalam peranan kepimpinan utama, dan mulai Jun 2026, semakan kelayakan termasuk gaji minimum bulanan RM20,000 atau kira-kira USD5,000.
Pembaharuan memerlukan penyerahan slip gaji dan penyata cukai, jadi tiada jalan pintas jika anda merancang jangka panjang 🙂
Selain itu, syarikat perlu terlebih dahulu mendaftar akaun ESD iaitu portal Imigresen untuk permohonan visa kerja ekspatriat.
Pilihan alternatif untuk mengurangkan pematuhan
Dua langkah alternatif yang terbukti digunakan oleh sebahagian klien asing kami untuk mengurangkan beban kewangan ialah:
- Usahasama (joint venture)Â dengan pihak tempatan, dan
- Pengaturan pengarah penama (nominee director)
Semestinya, sebarang manfaat kewangan datang dengan kompromi dalam aspek lain.
Usahasama dengan pihak tempatan
Dengan menubuhkan syarikat bersama rakan tempatan yang memiliki sekurang-kurangnya 51% ekuiti, keperluan lesen WRT / USS serta keperluan modal berbayar RM1 juta dapat dielakkan.
Selain itu, jika pihak asing sanggup mengurangkan pegangan saham mereka lagi, usahasama tersebut boleh menikmati layanan cukai yang lebih baik serta keperluan modal berbayar yang lebih rendah untuk memohon Pas Pekerjaan.
Komprominya jelas: pihak asing tidak boleh memiliki pegangan majoriti dalam perniagaan tersebut.
Pengaturan pengarah penama
Ini merujuk kepada pelantikan seseorang yang menetap di Malaysia sebagai pengarah atas kertas untuk memenuhi keperluan penubuhan. Mereka dan perniagaan asing biasanya akan memasuki perjanjian pengarah penama supaya mereka tidak mempunyai kawalan ke atas kewangan atau keputusan syarikat.
Sebagai balasan, pengarah penama biasanya mempunyai hak untuk meletakkan jawatan pada bila-bila masa, dan syarikat perlu segera mencari pengganti atau berisiko dibubarkan.
Biarkan MISHU uruskan permohonan lesen WRT anda 
Jika anda warga asing yang ingin menubuhkan syarikat di Malaysia, pertimbangkan perkhidmatan permohonan lesen WRT kami untuk penyelesaian sehenti merangkumi penubuhan syarikat, permohonan visa, dan sokongan pelesenan penuh.
