Ya, Syarikat Di Malaysia Boleh Ada Pemegang Saham Asing!
Setelah membantu perniagaan dari seluruh dunia menubuhkan syarikat di Malaysia di bawah pelbagai struktur milikan, pasukan MISHU dengan yakin mengatakan syarikat di Malaysia boleh ada pemegang saham asing.

Lagi ramai lagi meriah.
Tidak mengejutkan, semakin tinggi tahap pegangan saham asing, semakin tinggit syarat untuk syarikat tersebut menjalankan perniagaan.
Bagi warga asing yang berminat untuk melabur atau berniaga di Malaysia, panduan ini menerangkan maksud ‘syarikat tempatan dengan pegangan saham asing’ (berbanding syarikat asing) serta apa yang berlaku apabila ekuiti asing:
- kekal di bawah 20%
- mencapai 30%, dan
- melebihi 50%
Jom, mulakan.
Nota: Panduan ini hanya merujuk kepada syarikat Sendirian Berhad kerana itu sektor yang kami uruskan. Untuk penubuhan syarikat berhad, lihat panduan rasmi SSM di sini.
Definisi ‘syarikat tempatan dengan pegangan saham asing’
Di bawah Akta Syarikat 2016 Malaysia, syarikat tempatan ialah entiti korporat yang diperbadankan di Malaysia yang dikenali sebagai Sendirian Berhad (Sdn Bhd), dan pegangan saham asing bermaksud saham syarikat tersebut dimiliki sebahagian atau sepenuhnya oleh warga asing.
Sebaliknya, syarikat asing ialah pejabat cawangan tempatan bagi entiti yang diperbadankan di luar Malaysia. Panduan cawangan asing dan subsidiari kami membandingkan kedua-duanya, manakala panduan ini hanya merujuk kepada Sdn Bhd.

Tanpa mengira ekuiti asing, syarat untuk memperbadankan Sdn Bhd tetap sama:
- modal berbayar sekurang-kurangnya RM2,500 / USD600
- nama unik yang belum digunakan
- seorang pemegang saham
- seorang pengarah yang menetap di Malaysia (boleh warga asing asalkan tinggal di Malaysia)
- alamat berdaftar di Malaysia
Walaupun modal berbayar RM1 cukup dari segi undang-undang, dalam pengalaman kami bank hanya selesa membuka akaun korporat apabila melihat sekurang-kurangnya RM2,500 dalam modal berbayar, jadi kami nasihatkan jumlah ini sebagai angka praktikal.
Sekarang jom lihat bagaiman keperluan untuk menjalankan perniagaan sebagai syarikat berubah mengikut tahap pegangan asing.
Jika ekuiti asing kekal di bawah 20%
Kesan terbesar di sini ialah terhadap kadar cukai korporat.
Jika rakan kongsi dalam usaha sama bersetuju untuk mengekalkan pegangan saham asing di bawah 20% dan perniagaan tersebut layak sebagai PKS (modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan hasil tahunan di bawah RM50 juta), ia menikmati kadar cukai progresif yang sama seperti syarikat milik tempatan 100%.
Setakat 2025, kadar cukai PKS ialah:
- 15% bagi RM150,000 pertama
- 17% bagi RM150,001 hingga RM600,000, dan
- 24% bagi apa-apa jumlah melebihi RM600,000
Sebaik sahaja ekuiti asing melebihi 20%, tanpa mengira modal berbayar dan hasil syarikat, ia dikenakan kadar cukai rata 24%.
Jika ekuiti asing mencapai 30%
Kesan terbesar di sini ialah terhadap syarat minimum modal berbayar untuk syarikat memohon Pas Penggajian Ekspatriat (EP). 
Juga dikenali sebagai visa DP11.
Selagi pemilikan asing kekal di bawah 30%, modal berbayar minimum yang diperlukan ialah RM250,000, tetapi sebaik sahaja ia mencapai 30% dan ke atas, modal berbayar minimum meningkat kepada RM350,000.
Nota: Sementara kita berada pada topik ini, Employment Pass Malaysia ditawarkan di bawah tiga kategori dan semakan terkini datang dengan syarat gaji minimum yang ketara bagi semua kategori:
- EP Kategori 1: RM20,000 / bulan
- EP Kategori 2: RM10,000 / bulan
- EP Kategori 3: RM5,000 / bulan
Memandangkan syarat ini tidak boleh dirunding bagi perniagaan yang merancang untuk menggaji ekspatriat sebagai pengarah dan ahli utama pasukan dalam operasi mereka di Malaysia, kami merasakan ia sesuatu yang patut disebut.
Jika ekuiti asing melebihi 50%
Ini bermaksud Sdn Bhd tersebut bukan sahaja mempunyai pemegang saham asing, tetapi dimiliki asing, dan hampir pasti memerlukan sama ada lesen Wholesale, Retail & Trade (WRT) atau Unregulated Services Sector (USS). 
Contoh lesen WRT.
Lesen ini mengawal penglibatan asing dalam sektor perdagangan (WRT) dan perkhidmatan (USS) di Malaysia serta mengiktiraf bahawa perniagaan asing tersebut:
- mempunyai saiz tertentu
- tidak mengancam pemain tempatan yang lebih kecil, dan idealnya
- membawa nilai unik kepada pasaran Malaysia
Akibatnya, kedua-dua lesen WRT dan USS memerlukan bukti sekurang-kurangnya RM1 juta atau kira-kira suku juta USD dalam modal berbayar, dan mungkin lebih bergantung kepada sektor serta jumlah outlet.
Dan sekiranya pembaca tertanya-tanya, ya, lesen ini juga diperlukan walaupun untuk pejabat cawangan asing!
Itu sahaja daripada kami, dan kami harap ini membantu anda merancang struktur syarikat dengan lebih baik 🥰
Biarkan MISHU menguruskan permohonan lesen WRT anda 
Jika anda warga asing yang ingin menubuhkan perniagaan di Malaysia, pertimbangkan perkhidmatan profesional permohonan lesen WRT kami untuk penyelesaian sehenti bagi penubuhan syarikat, permohonan visa, dan sokongan pelesenan penuh.
